Hari ni aku ambik keputusan drastik..
Aku buat keputusan untuk buat dia benci aku..
Biar la dia benci aku.. lebih baik begitu..
At least aku yakin.. dia takkan ragu2 lagi untuk tinggalkan aku.
Aku tak mahu lihat dia menangis..
Tapi aku tak mampu beri dia harapan lagi..
Kesakitan yang aku rasa kini.. biarlah..
Aku sudah pernah lalui semua ni..
aku terlupa bagaimana sakitnya.. pedihnya.. terlalu pahit untuk aku telan..
Tapi aku terima.. dan aku redha.. semoga dia akan bahagia..
Kawan aku cakap..
"Ko memang baik sangat Wann.. kalau aku, aku tak dapat buat macam yg ko buat.."
Hahaha! Baik kah??
Aku bukannya baik.. aku cuma someone yang sedar diri..
di mana tanah aku pijak.. langit aku junjung..
sekecil mana aku d dunia ni..
sejauh mana kemampuan aku..
Itu saja..
Bila aku tak mampu tunaikan apa yang dia mahukan..
berikanlah peluang untuk orang lain yang mampu..
aku cuma berfikir.. tiada gunanya aku terus paksa diri..
tiada gunanya aku terus tipu diri sendiri..
No comments:
Post a Comment