Monday, January 23, 2012

KARTINI by TEMBAKAU

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua..

Semalam aku post ayat keramat kartunis tembakau.. Pastu aku rasa rindu sangat nak baca sekali lagi cerita Kartini tu. Tapi koleksi tunggal yang aku ada dulu dah hilang!! Tahniah dan terima kasih la kepada sikap aku sendiri yang suka letak barang merata2. Betul la kata org kan... kita cuma akan hargai sesuatu itu bila ianya sudah hilang! Huhuhuhu...

ni KARTINI 1st edition yg ada dalam koleksi aku dulu..
image ni aku curik dari http://arkibnegara.blogspot.com
heeeheehheee..

Kepada sesapa yang tau mana aku boleh dapatkan komik KARTINI nih... Tolong bagitau..
Naaaakkkk sangattt!!!!

Apa yang best sangat ngan KARTINI nih?? Secara peribadi.. bagi aku.. ini karya agung.. Jangan marah aaa kalau aku cakap.. kisah cinta Ariyon lebih dasat dari kisah Ombak Rindu tu.. Hahahaha..
Memang la 2 kisah yang berbeza.. dan 2 cara penyampaian yang berbeza jugak.. 2 zaman yg berbeza lagi..
Tapi.. pendapat aku kan?? Sukati aku la pe aku rasa.. Hahahahhaa!

Nak wat sinopsis sal KARTINI ni aku kurang mahir.. tapi plot2 yang ada dalam kisah KARTINI ni boleh buat aku rasa seolah2 aku ada di situ.. Kadang aku perasan sendiri yang karakter Ariyon itu adalah aku.. hak hak hak.. XD

Tolong aku... tolong aku cari KARTINI ni sampai dapat! Tolong k! Huhuhuu...

APA YANG AKU CARI??

1st of all... happy CNY to all who celebrating it.. frens and relatives..
Happy holiday to all who not celebrating cny but enjoying the PH..
Happy working to all who have to work today *sigh* specially my frens who works in call ctr..
Yup.. 24-7 Berkhidmat untuk rakyat Malaysia.. hahahaa... sian kowang!

Ok.. back to my topic...
"Apa yang aku cari??"... atau.. "apa yg aku nak?"..

Teringat pada satu majalah katun yang jadi kegilaan aku dari dulu.
"KARTINI".. mungkin ramai yg tidak tahu.. tapi mereka yg sezaman dengan aku pasti tahu..
Karya kartunis TEMBAKAU atau nama sebenar beliau Azhar B. Ahmad..
Kisah cinta zaman sekolah.. Kisah cinta antara Ariyon (Yon) atau nama kat IC dia Muhammad Asri dan Kartini, pelajar junior yang digambarkan perfect! Tapi... bukan kisah cinta Ariyon dan Kartini yang aku nak story.. Tapi kata2 keramat yg kartunis Tembakau masukkan dalam komik tu.

"Apa yang kita paling nak, itulah yang takkan kita dapat"

Sejauh mana kebenaran kata-kata tu? Buat aku terfikir.. betul kah?? Apa yang aku ada sekarang.. mungkin bukan apa yang aku nak??!! Ataupun.. mungkinkah aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak.. atau apa yang aku cari... Apapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku dapat setakat hari ini.

Dan lagi kata2 keramat dalam komik kartini tu..

"Tidak akan kamu berperasaan gundah gulana walaupun sekali, jika kamu tahu apa yang dicari"

Terlalu banyak rasanya yang aku mahukan.. jadi aku harus mula belajar tapis satu persatu kehendak aku..
Mind vs Heart.. What i need vs What i want.. beza antara penting dan mustahak..
Mungkin nanti aku akan jumpa apa yang aku cari.. Mungkin ianya bukanlah sesuatu yang aku paling nak,
Yang pasti ianya sesuatu yang aku cari.. sesuatu yang aku perlukan.. sesuatu yang mampu buang perasaan gundah gulana yang ada ketika ini..

.........................




Sunday, December 11, 2011

Dugaan apa lagi ni??

Hmm... aku keliru lagi..
Sorry lah.. entry2 aku semuanya emo belaka..
aku malas menulis diary.. jadi aku luahkan segalanya dalam blog aku..
suka hati aku la.. blog aku! 
Menyampah nak baca.. jangan baca!
Aku serabut... serabut sangat!

Semalam.. aku dah buat dia benci aku..
aku fikir aku berjaya.. tapi sebenarnya tidak.
Dia tak mampu bencikan aku..
dan dia.. dia tak mahu pergi dari hidup aku.
Aku keliru.. dia yang minta aku lepaskan.. dan aku lepaskan..
Kemudian.. dia datang semula pada aku..
bercerita segalanya dengan aku..

Aku sangat keliru..
betul kah keputusan yang telah aku buat sebelum ni??
Kalau memang.. kenapa dia tetap tak bahagia?
kenapa dia masih menangis?
kenapa dia tak mahu jauh dari aku??



Saturday, December 10, 2011

My Sacrifice..

Hari ni aku ambik keputusan drastik..
Aku buat keputusan untuk buat dia benci aku..
Biar la dia benci aku.. lebih baik begitu..
At least aku yakin.. dia takkan ragu2 lagi untuk tinggalkan aku.

Aku tak mahu lihat dia menangis..
Tapi aku tak mampu beri dia harapan lagi..
Kesakitan yang aku rasa kini.. biarlah..
Aku sudah pernah lalui semua ni.. 
aku terlupa bagaimana sakitnya.. pedihnya.. terlalu pahit untuk aku telan..
Tapi aku terima.. dan aku redha.. semoga dia akan bahagia..

Kawan aku cakap.. 
"Ko memang baik sangat Wann.. kalau aku, aku tak dapat buat macam yg ko buat.."
Hahaha! Baik kah??
Aku bukannya baik.. aku cuma someone yang sedar diri.. 
di mana tanah aku pijak.. langit aku junjung..
sekecil mana aku d dunia ni..
sejauh mana kemampuan aku..
Itu saja..

Bila aku tak mampu tunaikan apa yang dia mahukan..
berikanlah peluang untuk orang lain yang mampu..
aku cuma berfikir.. tiada gunanya aku terus paksa diri..
tiada gunanya aku terus tipu diri sendiri..


Tuesday, November 22, 2011

Life.. Fantasy vs Reality..

Hmm.. macam mana aku harus mulakan?
Aku AGAK tertekan dan AGAK kecewa la juga..
Tapi.. aku TAK pula rasa macam nak mengamuk.


Bila dia mula meminta sesuatu yang TAKKAN dapat aku berikan.. apa yang patut aku lakukan?
Aku lepaskan dia.. biar dia BEBAS mencari apa yang dia mahukan.. 

Berharap agar ada insan di luar sana yang MAMPU berikan apa yg dia mahukan..


Kenapa tidak aku saja yg berusaha untuk dapatkan dan berikan apa yg dia mahu?? 
Kann... ?? Hahah! Bagi mereka yg mengenali aku.. siapa aku.. bagaimana aku.. mereka sendiri pasti terkedu mendengar permintaannya. TAKKAN dapat aku berikan... dan aku pasrah mengalah saja..

Itu yang telah aku lakukan.. Berbeza dgn mereka2 yg sebelum ini.. Yup.. kisah aku sebelum ni.. hampir 10 tahun bersama dan akhirnya terpaksa melepaskan begitu saja. AKU PERNAH merayu.. AKU PERNAH jatuh terduduk.. AKU PERNAH ambil tindakan yang akhirnya aku sendiri ketawakan diri sendiri.. 
Mungkin semua kisah dan pengalaman tu mengajar aku lebih cekal dan lebih rasional.. aku lebih bersedia menghadapi DETIK seperti ini tiba..

Dan dia... masih tidak mahu lepaskan aku. Kenapa? Padahal dia tahu.. aku TAKKAN dapat berikan apa yg dia mahu.. Itu yang buat aku tertekan... buat aku kecewa... 
Kenapa dia mahu kembali?? Sedangkan aku sudah mula biasakan diri dengan rutin harian tanpa dia..



AKU PERNAH.. JATUH CINTA..
KERANA CINTA HIDUPKU MERANA..
AKU PERNAH.. BAHAGIA..
KATA MANISNYA BUAT KU TERPEDAYA..
BIAR KAN AKU TEMANKAN PILU..
HARUSKAH CINTA OH KEJAM PADAKU..

Tuesday, June 21, 2011

Kosong....

Itu apa yg aku rasa sekarang ni.
Cuma itu yang aku mau bagitau sekarang ni.
Dan itu yang sedang aku fikir waktu ini.

Bosan kan??



Wednesday, June 15, 2011

I AM BACK!

I AM BACK!
hohoho...
Lama juga tidak berblogging.. heheh.. 
as i said.. mimang begini la aku nih.. andang2 begini.. hahah!

Soo... What happen yesterday? Yesterday was my BuffDay.. huhuhu..
i am officially 30 years old!
So apa la perasaan aku? Ada rasa geli2 sikit dalam hati.. teruja semacam.. wakakakakakss..

Tengkiu kawan2 team streamyx technical batch 210 yg buat surprise untuk aku.
Sampai aku blushing gilerr.. huk huk..
Nasib baik la aku tak tunjuk mana kedai runcit or 7e berdekatan Plaza Vads TTDI tu kan..
kalau taaaakkk... mimang confirm aku jadi mangsa telur + tepung..
In the end.. aku jadi mangsa bedak la pula.. 
Nasib baik la bedak si Halen tu harum.. hahah..

Tengkiu Zulee for belanja me supper.. ^^ sate + tauhu bakar + roti john spesel.. orait le tu ^^

Tengkiu semua kawan2 jauh dan dekat yg meng-sms.. meng-call.. and juga kawan2 d FB yg tolong meng-decorate wall aku dgn wish-wish sekalian..

Yup.. i am proudly announce that i am 3 series now.. Rasa macam oren.. hahah!

Adiosss..!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...