Sunday, February 5, 2012

05-Feb-2012

Assalamualaikum wbt..

Hmm... semua org dah tidur dalam rumah ni. Aku pun sebenarnya dah tidur tadi.. tiba2 terjaga jam 3am tadi.. cuba pejam mata da tak dapat nak lelap.. hmmm...

Hari ni.. 5-Feb-2012, birthday my beloved late sister..
I miss her..

Everytime i tried to post something about her.. I can feel the pain in my chest.
.................................................................................. /(-_-)\

sebak.. pilu.. sayu... sunyi... kosong... itu perasaan aku sekarang.. sesaknya dada aku.. 

Wednesday, January 25, 2012

MASIH DI SINI


Assalamualaikum... 
Howdy! v(^^,)

Been listening to diz song over and over again.. feels like i cant get enuff of it. Huhuhuhuu..
touching towlll... dalam hati ada taman katanyeeerr... huk.. huk.. 


MASIH DI SINI

Aku masih.. Tak mengerti
Cebisan hati terukir mengalir
Entah tersentuh.. tak beralun
Cuba memayungmu erat di hatiku..

Kali ini terang ku pandang
Rupa wajah yang menjadi idaman
Sedarku tahu tak ku mampu
Hanya kata-kataku  perhiasanmu..

Aku masih mimpikanmu
Kerna mainan kasih yang berputik..
Mengertilah kata hatiku
Terbit lahir lubuk kasih yang berkasih

Sedang ku bertepuk satu tangan
Namun genggamanmu erat padanya
Mahu saja ku lepaskan sisa bisa rasa cinta begini

Ku masih di sini.. sampai bila??
Entah mengapa harus lara..
Ku masih begini.. tak bergoyang walau sedetik..
Atas kabutnya jiwa
Ku sandarkan kata doa.. Disusuli satu cerita..

Bayangan perasaan.. ku coretkan satu pengalaman..
Ku lepaskan...

Ku masih di sini...



When u love someone too much then u have to let go.. its not the 'goodbyes' that will hurt u. Its the memories.. Thinking of things that u both used to do it together.. then walking around places u used to go together.. remembering the phrase he/she owez said to u.. and the thought of he/she not there anymore, thats the hardest part!
until there was some part of my day.. i really wish i could just take an eraser and erase all the memories as if it was written using normal pencil.. hmm.. can i do that? how i wish i could just STOP thinking..

Tuesday, January 24, 2012

AKU YANG CUTE!

Ahahahahaa.... tajuk entry berani mati punya.. XD

Woke up EARLY today.. too early jadi i decide its not yet time to get up.. so sambung tidur sampai tghari!
Wawawawaaaaa.... today tak dapat wish SWEETMORNING..uhuhuhuhuu..
teringat pula satu quote yg arwah tulis depan meja study dia dulu
"If u sleep too much, u will lose so many things".. lebih kurang gitu la..
Padan muka aku! Huhuhuhuuu...

Gusi aku macam da bengkak sket.. sakit gigi aku Tuhan je yg tau.. confirm la hari ni aku menjamu selera ngan bubur.. esok aku plan g cabut gigi geraham aku.. tapi... berani kah aku?? tengok la esok macam mana.. ehehehehee...

Bosan2 aku main 'Paint'.. alaaa application lukis2 kat pc tuh.. ahahahaa.. old skool punya style.. XD
Hasilnya..


comelkan bila aku senyum?? Wakakakakaka... XD






Monday, January 23, 2012

KARTINI by TEMBAKAU

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua..

Semalam aku post ayat keramat kartunis tembakau.. Pastu aku rasa rindu sangat nak baca sekali lagi cerita Kartini tu. Tapi koleksi tunggal yang aku ada dulu dah hilang!! Tahniah dan terima kasih la kepada sikap aku sendiri yang suka letak barang merata2. Betul la kata org kan... kita cuma akan hargai sesuatu itu bila ianya sudah hilang! Huhuhuhu...

ni KARTINI 1st edition yg ada dalam koleksi aku dulu..
image ni aku curik dari http://arkibnegara.blogspot.com
heeeheehheee..

Kepada sesapa yang tau mana aku boleh dapatkan komik KARTINI nih... Tolong bagitau..
Naaaakkkk sangattt!!!!

Apa yang best sangat ngan KARTINI nih?? Secara peribadi.. bagi aku.. ini karya agung.. Jangan marah aaa kalau aku cakap.. kisah cinta Ariyon lebih dasat dari kisah Ombak Rindu tu.. Hahahaha..
Memang la 2 kisah yang berbeza.. dan 2 cara penyampaian yang berbeza jugak.. 2 zaman yg berbeza lagi..
Tapi.. pendapat aku kan?? Sukati aku la pe aku rasa.. Hahahahhaa!

Nak wat sinopsis sal KARTINI ni aku kurang mahir.. tapi plot2 yang ada dalam kisah KARTINI ni boleh buat aku rasa seolah2 aku ada di situ.. Kadang aku perasan sendiri yang karakter Ariyon itu adalah aku.. hak hak hak.. XD

Tolong aku... tolong aku cari KARTINI ni sampai dapat! Tolong k! Huhuhuu...

APA YANG AKU CARI??

1st of all... happy CNY to all who celebrating it.. frens and relatives..
Happy holiday to all who not celebrating cny but enjoying the PH..
Happy working to all who have to work today *sigh* specially my frens who works in call ctr..
Yup.. 24-7 Berkhidmat untuk rakyat Malaysia.. hahahaa... sian kowang!

Ok.. back to my topic...
"Apa yang aku cari??"... atau.. "apa yg aku nak?"..

Teringat pada satu majalah katun yang jadi kegilaan aku dari dulu.
"KARTINI".. mungkin ramai yg tidak tahu.. tapi mereka yg sezaman dengan aku pasti tahu..
Karya kartunis TEMBAKAU atau nama sebenar beliau Azhar B. Ahmad..
Kisah cinta zaman sekolah.. Kisah cinta antara Ariyon (Yon) atau nama kat IC dia Muhammad Asri dan Kartini, pelajar junior yang digambarkan perfect! Tapi... bukan kisah cinta Ariyon dan Kartini yang aku nak story.. Tapi kata2 keramat yg kartunis Tembakau masukkan dalam komik tu.

"Apa yang kita paling nak, itulah yang takkan kita dapat"

Sejauh mana kebenaran kata-kata tu? Buat aku terfikir.. betul kah?? Apa yang aku ada sekarang.. mungkin bukan apa yang aku nak??!! Ataupun.. mungkinkah aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak.. atau apa yang aku cari... Apapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku dapat setakat hari ini.

Dan lagi kata2 keramat dalam komik kartini tu..

"Tidak akan kamu berperasaan gundah gulana walaupun sekali, jika kamu tahu apa yang dicari"

Terlalu banyak rasanya yang aku mahukan.. jadi aku harus mula belajar tapis satu persatu kehendak aku..
Mind vs Heart.. What i need vs What i want.. beza antara penting dan mustahak..
Mungkin nanti aku akan jumpa apa yang aku cari.. Mungkin ianya bukanlah sesuatu yang aku paling nak,
Yang pasti ianya sesuatu yang aku cari.. sesuatu yang aku perlukan.. sesuatu yang mampu buang perasaan gundah gulana yang ada ketika ini..

.........................




Sunday, December 11, 2011

Dugaan apa lagi ni??

Hmm... aku keliru lagi..
Sorry lah.. entry2 aku semuanya emo belaka..
aku malas menulis diary.. jadi aku luahkan segalanya dalam blog aku..
suka hati aku la.. blog aku! 
Menyampah nak baca.. jangan baca!
Aku serabut... serabut sangat!

Semalam.. aku dah buat dia benci aku..
aku fikir aku berjaya.. tapi sebenarnya tidak.
Dia tak mampu bencikan aku..
dan dia.. dia tak mahu pergi dari hidup aku.
Aku keliru.. dia yang minta aku lepaskan.. dan aku lepaskan..
Kemudian.. dia datang semula pada aku..
bercerita segalanya dengan aku..

Aku sangat keliru..
betul kah keputusan yang telah aku buat sebelum ni??
Kalau memang.. kenapa dia tetap tak bahagia?
kenapa dia masih menangis?
kenapa dia tak mahu jauh dari aku??



Saturday, December 10, 2011

My Sacrifice..

Hari ni aku ambik keputusan drastik..
Aku buat keputusan untuk buat dia benci aku..
Biar la dia benci aku.. lebih baik begitu..
At least aku yakin.. dia takkan ragu2 lagi untuk tinggalkan aku.

Aku tak mahu lihat dia menangis..
Tapi aku tak mampu beri dia harapan lagi..
Kesakitan yang aku rasa kini.. biarlah..
Aku sudah pernah lalui semua ni.. 
aku terlupa bagaimana sakitnya.. pedihnya.. terlalu pahit untuk aku telan..
Tapi aku terima.. dan aku redha.. semoga dia akan bahagia..

Kawan aku cakap.. 
"Ko memang baik sangat Wann.. kalau aku, aku tak dapat buat macam yg ko buat.."
Hahaha! Baik kah??
Aku bukannya baik.. aku cuma someone yang sedar diri.. 
di mana tanah aku pijak.. langit aku junjung..
sekecil mana aku d dunia ni..
sejauh mana kemampuan aku..
Itu saja..

Bila aku tak mampu tunaikan apa yang dia mahukan..
berikanlah peluang untuk orang lain yang mampu..
aku cuma berfikir.. tiada gunanya aku terus paksa diri..
tiada gunanya aku terus tipu diri sendiri..


Tuesday, November 22, 2011

Life.. Fantasy vs Reality..

Hmm.. macam mana aku harus mulakan?
Aku AGAK tertekan dan AGAK kecewa la juga..
Tapi.. aku TAK pula rasa macam nak mengamuk.


Bila dia mula meminta sesuatu yang TAKKAN dapat aku berikan.. apa yang patut aku lakukan?
Aku lepaskan dia.. biar dia BEBAS mencari apa yang dia mahukan.. 

Berharap agar ada insan di luar sana yang MAMPU berikan apa yg dia mahukan..


Kenapa tidak aku saja yg berusaha untuk dapatkan dan berikan apa yg dia mahu?? 
Kann... ?? Hahah! Bagi mereka yg mengenali aku.. siapa aku.. bagaimana aku.. mereka sendiri pasti terkedu mendengar permintaannya. TAKKAN dapat aku berikan... dan aku pasrah mengalah saja..

Itu yang telah aku lakukan.. Berbeza dgn mereka2 yg sebelum ini.. Yup.. kisah aku sebelum ni.. hampir 10 tahun bersama dan akhirnya terpaksa melepaskan begitu saja. AKU PERNAH merayu.. AKU PERNAH jatuh terduduk.. AKU PERNAH ambil tindakan yang akhirnya aku sendiri ketawakan diri sendiri.. 
Mungkin semua kisah dan pengalaman tu mengajar aku lebih cekal dan lebih rasional.. aku lebih bersedia menghadapi DETIK seperti ini tiba..

Dan dia... masih tidak mahu lepaskan aku. Kenapa? Padahal dia tahu.. aku TAKKAN dapat berikan apa yg dia mahu.. Itu yang buat aku tertekan... buat aku kecewa... 
Kenapa dia mahu kembali?? Sedangkan aku sudah mula biasakan diri dengan rutin harian tanpa dia..



AKU PERNAH.. JATUH CINTA..
KERANA CINTA HIDUPKU MERANA..
AKU PERNAH.. BAHAGIA..
KATA MANISNYA BUAT KU TERPEDAYA..
BIAR KAN AKU TEMANKAN PILU..
HARUSKAH CINTA OH KEJAM PADAKU..

Tuesday, June 21, 2011

Kosong....

Itu apa yg aku rasa sekarang ni.
Cuma itu yang aku mau bagitau sekarang ni.
Dan itu yang sedang aku fikir waktu ini.

Bosan kan??



Wednesday, June 15, 2011

I AM BACK!

I AM BACK!
hohoho...
Lama juga tidak berblogging.. heheh.. 
as i said.. mimang begini la aku nih.. andang2 begini.. hahah!

Soo... What happen yesterday? Yesterday was my BuffDay.. huhuhu..
i am officially 30 years old!
So apa la perasaan aku? Ada rasa geli2 sikit dalam hati.. teruja semacam.. wakakakakakss..

Tengkiu kawan2 team streamyx technical batch 210 yg buat surprise untuk aku.
Sampai aku blushing gilerr.. huk huk..
Nasib baik la aku tak tunjuk mana kedai runcit or 7e berdekatan Plaza Vads TTDI tu kan..
kalau taaaakkk... mimang confirm aku jadi mangsa telur + tepung..
In the end.. aku jadi mangsa bedak la pula.. 
Nasib baik la bedak si Halen tu harum.. hahah..

Tengkiu Zulee for belanja me supper.. ^^ sate + tauhu bakar + roti john spesel.. orait le tu ^^

Tengkiu semua kawan2 jauh dan dekat yg meng-sms.. meng-call.. and juga kawan2 d FB yg tolong meng-decorate wall aku dgn wish-wish sekalian..

Yup.. i am proudly announce that i am 3 series now.. Rasa macam oren.. hahah!

Adiosss..!


Friday, March 11, 2011

Dugaan...

Ya Allah..
Dugaan apa lagi yang Kau berikan aku..
Kuatkanlah aku untuk berdepan dengan semua ini..
Satu persatu ujian Kau berikan.

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"
Jadi aku harus bersabar.. Redha dengan semua ini.
Pasti akan ada hikmah disebalik semuanya.
PadaMu Tuhan aku memohon kekuatan.

Di depan mereka.. aku ketawa.. aku bergurau seperti biasa..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui segala isi hati aku.

I AM SAD!!! http://www.thatanimeblog.com



Tuesday, March 1, 2011

tak sabar.. happy... TAPI....

Halluuu....

Yippiiiieeeee...!
Lusa aku balik KK!
Tak sabar! Tak sabar!

Tapi...
dalam waktu yang sama aku sedih pula..
Aku excited balik KK..
Tapi terasa berat juga tinggalkan dia sendiri..
Ntah macam mana dia nanti..
Dengan semua masalah yang ada..
yang belum jumpa jalan penyelesaian..

Apa yg pasti.. aku excited bila aku balik KK.. my brother, si Martin mau kahwin! hehee..
Tapi.. separuh lagi hati aku dapat rasakan yang aku takkan enjoy feeling balik kmpung kali ni.
Sebab dia... sebab dia tiada.. 
sebab aku akan risau pasal dia, walaupun dia cakap
"Jangan risau la"
sebab aku akan terfikir2 pasal dia.. 
Hmm.. memang gitu la aku.. 

Thursday, February 24, 2011

cooolllll.............

Yesterday, i was suppose to drive Ayah & Ibu to HKL early morning.. but i sleep like a pig! I'm so.. so... so.. sorry! at last.. they call a cab... hmmm... hmmm...



Good news for yesterday... I learned a new stuff.. hehee.. its cool actually. Maybe i can show off to impress some of my fren.. hak hak hak.. ok.. i don't know how to describe bout it.. just enjoy watching the video i made for it..





Can't wait to see Hiro's latest pict..
Chatting with Raymie today via google talk... ^^

Thursday, February 17, 2011

MAYBE.. maybe its wrong to say please love me too..

Been listening to this song today.. 
and decided to change my bground song.
.
.
.

There I was
Waiting for a chance
Hoping that you'll understand
The things I wanna say

As my love went stronger than before
I wanna see you more and more
But you closed your door
Why don't you try
To open up your heart
I won't take so much of your time

Maybe, it's wrong to say please love me too
'Coz I know you'll never do
Somebody else is waiting there inside for you
Maybe it's wrong to love you more each day
'Coz I know he's here to stay
But I know to whom you should belong

I believed what you said to me
We should set each other free
That's how you want it to be

But my love went stronger than before
I wanna see you more and more
But you closed your door
Why don't you try to open up your heart
I won't take so much of your time


Maybe, it's wrong to say please love me too
'Coz I know you'll never do
Somebody else is waiting there inside for you
Maybe it's wrong to love you more each day
'Coz I know he's here to stay
But my love is strong
I don't know if this is wrong
But I know to whom you should belong 


Sunday, February 13, 2011

AKU BOSANNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wah..... serius aku bosan!
Bosan dengan rutin harian aku...
Bosan dengan sekeliling aku...
Bosan dengan masalah yang datang satu persatu...
Bosan dengan migrain...
Dan aku PALING bosan dengan persoalan demi persoalan tanpa jawapan yang asyik berlegar2 dalam kepala hotak aku..

Aku perlukan sesuatu yang baru...
Aku perlukan sesuatu yang boleh buat aku terus bernafas dengan selesa..
Sebab aku terasa seolah2 aku kelemasan!
Aku perlukan... Aku...

Aku rasa MARAH!!
TERAMAT MARAH!!
Aku marah pada diri sendiri...
Kenapa??? Kenapa aku marah pada diri sendiri????
Sebab aku tidak dapat jawab satu soalan ringkas
"Apa yang paling kamu mahukan dalam hidup?"

Serius.... aku tidak dapat jawab! aku tidak tau apa yang aku mau...
bila aku berfikir untuk mencari jawapan pada soalan yang ringkas tu,
fikiran aku jadi serabut...
emosi aku berkecamuk!
kenapa???

AKU BOSAN!!


aku post terus lah entri ni tanpa proses tapisan...
biar lah apa orang mau cakap...
aku asyik fikir pasal org lain, ada diorg fikir pasal aku kah?!
Huh!

Thursday, February 10, 2011

Awasi taktik penjenayah..

Source : Utusan 10-2-2011 (page 15)

Hmm... macam2 kan cara penyamun sekarang. Makin kreatif pula diorang.
Penjenayah langgar, lepas tu berenti tepi kereta.. dan samun! Hmm... pernah jadi to my friend dulu.
Tapi yg langgar dia time tu Motosikal! Kesian dia.. sampai demam akibat terkejut!
Nasib baik lah dompet & handphone ja yg kena ambik... Nasib baik lah dia tidak dirogol atau dibunuh.

Dalam berita yg aku baca ni.. Taktik penjenayah langgar dan samun ni bukanlah perkara yg baru. Tapi ramai yg kurang alert dengan benda2 macam ni. Mentaliti org2 sekarang kan.. apa2 hal pun baik settle luar la konon. Kalau boleh tak mau libatkan pihak polis atau urusan claim-meng~claim insuran ni. Takut jejaskan NCD kalau nanti mau renew insuran n roadtax. Kena langgar sikit.. berenti tepi jalan, terus keluar dari kereta untuk check how bad the damage is... time tu lah penjenayah ambik peluang samun!
Memang itu lah kebiasaan kita. Habis tu... mau buat macam mana???
Jalan terbaik... JANGAN BERHENTI LANGSUNG! cuba dapatkan no plat kereta.. jenis dan warna kereta.. dan teruskan perjalanan sampai balai polis terdekat.. dan buat report! Lagi pun bukan kita yg melanggar.. kan org tu yg langgar belakang kereta kita kan???? Unless lah kalau kita ada buat salah... lesen mati ka.. roadtax mati ka.. apa2 la... hehee..

Satu lagi taktik penjenayah ialah... buat2 kereta rosak tepi jalan. Yang ni banyak berlaku di Highway.
Tahan kereta konon2 minta bantuan... tapi bila ada orang baik hati berhenti untuk hulurkan bantuan... dia pula jadi mangsa samun! Kesiannya... mungkin tu lah maksudnya, 'buat baik berpada2' kan? Hmm...
Macam tu tak boleh la salahkan bila sikap membantu semakin hilang. Kadang ada juga penjenayah yg guna taktik perempuan (macam ala-ala makcik yg tiada upaya).. atau kanak2 (sekadar mau tarik simpati org)..

Tak tolong rasa bersalah... Kalau tolong pulak kena samun...
Memang lah tak semua kan. Tapi ada ke cara untuk kita kenalpasti orang tu betul2 perlukan bantuan dan sewajarnya dibantu.. atau pun org tu sekadar berpura2 dan memang tak wajar langsung untuk dibantu?

Lagi satu.. 999 ~ lambat hantar bantuan. Hmmm... aku no komen!
Tapi ini komen Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ~ Masalah lambat hantar bantuan tidak akan timbul jika mangsa menghubungi terus pusat kawalan polis daerah. Panggilan kecemasan 999 dikawal oleh Telekom Malaysia dan ia terpaksa melalui beberapa prosedur sebelum disampaikan kepada kita menyebabkan laporan lambat diterima. Atas sebab itu, saya nasihatkan orang ramai supaya menyimpan nombor pusat kawalan polis di setiap daerah agar senang dihubungi jika berlaku kecemasan.

Teringat pula lagi... Aku pernah disamun di depan rumah time balik dari kerja. Kejadian pada tahun 2003. Time tu kami tinggal di kawasan Pandan Jaya, KL. Time tu 2 org lelaki menunggang motosikal datang dekat aku and tanya arah ke Pandan Indah.. Aku pun bagitau lah. Time tu aku perasaan penunggang di belakang ada pegang kapak.. Aku pun terus cepat2 jalan ke arah tangga.. Lelaki tu serang aku dari belakang, sempat juga lah aku bergelut dengan dia and rampas kapak di tangan dia... Fuiyoooo.... kecik2 junior juice bah aku ni! And nasib baik juga lah time tu my bro Asai ada di rumah. Penyamun tu nampak my bro.. and lagipun aku dah rampas kapak dia.. apa lagi.. cabut trusss.... ! Memang penyamun tu tak sempat ambik apa2 dari aku..
Tapi.. buat ja la report polis.. lagipun aku dapat rampas kapak dia! hehe..

Di area Pandan Jaya ni ada satu pondok polis bergerak dekat 7eleven. Me and my bro pun pergi la situ..
Kami ketuk2, tiada orang d dalam... rupa2nya pegawai polis yg bertugas sedang sedap melantak di gerai mamak tepi longkang berdepan kedai barangan letrik seng heng! Kecewanya aku rasa bila aku p jumpa polis tu dia boleh cakap "Awak tak nampak ke saya tengah makan?" Wah... makan itu lebih penting dari tanggungjawab rupanya... hmm... faham.. faham...
My bro sudah panas... so kami pergi pula buat report d balai polis terdekat (paling dekat dengan pandan jaya ~ Balai Polis Maluri la)... Kecewa lagi aku.. bila polis tu cakap, diorang tak bertanggungjawab dengan kawasan kejadian! Aiii... habis tu... ??? last2 diorang suruh buat laporan d Balai Polis Pandan Indah.
Ok la... lepas buat laporan di situ.. aku pun mintak la polis tu buat rondaan ka apa ka di kawasan kami tu. Selalu sangat la kes ragut/samun.. polis tu cakap "Ini kes kecik.. tak ramai yg buat laporan, jadi rondaan dikawasan tu tak perlu lagi" ~ Owhh... kalau sudah berlaku kejadian dasyat baru lah mo ambik tindakan kan?? hmmm... faham... faham... tapi kalau sudah jadi kejadian bunuh ka apa ka.. sudah terlambat laitu!
Aku bukan la tak suka polis... tapi agak mengecewakan la sikap orang yg kita harapkan sebagai PELINDUNG ambik acuh tak acuh ja kan? Akibat ketiadaan polis peronda yg mau meronda dikawasan tu.. keesokan paginya.. kereta my Sis, Noi pula didapati kena pecah! Habis radio kena cabut.. roadtax pun kena cabut! Document2 penting semua kena ambik! Duit syiling2 pun kena ambik!
So.. pagi tu, sekali lagi kami p buat report d Balai Polis Pandan Indah... polis tu boleh cakap "Mungkin lelaki yg cuba samun kamu semalam yg buat, agaknya dia ada bersembunyi disekitar kawasan masa kamu dan abang kamu gunakan kereta ni untuk ke balai polis"...
Jadi... salah kami kah?? Takkan berjalan kaki ke balai polis, bukan dekat woii...
Minta polis peronda datang.. kata kawasan tu belum sampai tahap bahaya sampai perlu ada polis peronda. Huh!
Tapi itu dulu... tahun 2003... harap2 khidmat diorang dah berubah la kan...
Hmmm....

Nah ambik kamurang! Punya panjang ni entry! Mesti kamurang malas mo baca nih... hahahaha!

Tuesday, February 8, 2011

Magic 2011

Hari ni sangat memenatkan untuk si pemalas macam aku ni..
Hari yg sangat mencabar kesabaran juga.. 
Tapi malas lah mau story pasal tu.. hahah! Mimang dasar pemalas!

Anyway.. aku ada dapat satu info yg best dari kawan aku..
Ntah dari mana dia dapat... tapi memang best!
Dia cakap, Tahun ni ada beberapa tarikh yg best.. macam..
1-1-11... 11-1-11.. 1-11-11... dan 11-11-11
(4 seja pula tu) kalau tambah jam laaagi la sandi.. 
bayangkan... pada bulan november nanti..
jam menunjukkan waktu 11.11 ~ 11 saat.. siapa terrer cepat2 bikin post exactly time tu 
(misti nda kasi tinggal tu 11saat d belakang! ~ Hahahaha!!)

Apapun.. part yg paling menarik untuk tahun 2011 ni ialah..
Cuba kamu ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kamu.. 
(contohnya aku lahir 1981, jadi ambik digit 81 ja)
Lepas tu tambah dengan umur kamu pada tahun 2011.. 
(contoh lagi.. umur aku tahun ni ialah 30 jadi 81+30 la)
Jawapan yg kamu akan dapat ialah 111..
Try la... best kan?!

p/s : itu umur contoh ja aaa... aku sebenarnya masih kanak2 lagi... muahahhahahhaaa.... 

Ini gambar tiada kaitan dengan 2011
Sekadar mau tunjuk ke-kreatifan my niece n nephew - Hakim&Hannah
Ini kenangan tahun 2010 time dorang conteng my sis punya tv lcd
Hahahahahhaa!!!

Monday, February 7, 2011

Memang begini lah aku....

Sudah beberapa hari aku cuba untuk update blog.. Tapi aku malas! hahahah!
Rajin online FB ja... main FrontierVille..hahahaha!
Terpaksa berebut Encik Compaq with Zulee .. Dia cuti kan.. huhu..

Tengkiu lah kepada yg melawat walaupun tiada update baru..
Tengkiu juga pada yg baru follow.. orait.. aku pun da follow balik.. hehee..

Ok la.. nite-nite! tdo la... eh.. mo p minum2 luk kejap d bawah.. gerai abg amir.. hehe..

Sunday, January 30, 2011

Hiro latest pict..


Woo.. woo... comelkan????? 
Hiro latest pict. Courtesy of Rayme (Hiro's new guardian)
Rayme tu rajin juga la keep in touch via email.
Dia cakap.. Hiro nakal! Asyik maiiiinnn ja!
Dia bagitau lagi... Hiro takut bunyi pintu!
Hahahaha!
Thank you Rayme.. Glad to know that Hiro is in a good hand ^^
I haven't heard anything about MJ since we gave him to his new guardian.
Wonder how is MJ doing now...
Miss u MJ..


berebut2 mau masuk

CJ


Thanks to my BIL, Mudanoran for the new cat basket/bed..
They all r so excited! Specially CJ
Hihihi... 


Saturday, January 29, 2011

Kasih Ibu..

Hmm...
Mana aku mo start ah..
Title tu macam 'berat' pla bagi aku.. huhu..
Bukan apa... Kasih ibu terlalu agung..
tiada ayat yg dapat aku fikirkan untuk mengatakan betapa besarnya kasih ibu..

Hari ni.. time tengah tunggu lif, datang la sorang makcik ni dgn 2 org anak dia sebaya Hakim & Hannah.. pun tunggu lif juga.
Since block A ni memang tak ramai malay family.. so memang aku bajet diorang ni org luar yg datang melawat rumah saudara mara la mengkali. And memang betul lah bajet aku bila tetiba dia teriak to one very very old lady yang jalan terbongkok2.. (memang dia bongkok tiga - macam nenek kebayan!) ~ ishhkk... bukan tujuan aku menghina k! just mau inform yg nenek tu bongkok.. so u guys can get a clear picture.. huhu..
"Mak.. kat sini la blok A!"
Hmm... nenek tu pun cepat2 (masih slow actually) berjalan ke arah lif.. aku tengok nenek tu.. aku senyum lah.
Budak kecik tu pandaaaaaaaang ja aku.. aku senyum juga lah! ^^
Lif sampai... aku bagi laluan makcik tu masuk dulu.. nenek tu pandang aku.. aku senyum and bagi signal tangan macam "ladies first" suh dia masuk dulu... Hmm.. Ibu aku ajar aku respek orang tua tau!
Nenek tu buat muka blur2... tetiba si makcik tadi tu tengking nenek tu lagi..
"Masuk la mak! tercegat kat situ buat apa??!!" ~ Amboi... makcik ni.. baaekkk punya contoh dia tunjuk kat anak2 kecik dia.. macam tu cara ko cakap ngan mak ko??? ko tak sedar ke ko pun dah jadi mak???
Uishh.. emo pla aku.. rilek.. rilek..
Nenek tu pun masuk.. and aku masuk last. Pintu lif lak kebetulan macam stuck! Hmm.. lif yg ni memang selalu macam tu.. untuk penduduk blok A ni, dah normal dah.. just tolak sikit pintu lif tu, dia ok la tu. So aku pun buat la gitu... and pintu lif ok balik.
"Tu la mak ni.. tak habis2 nyusahkan orang lah!" Tengking makcik tu lagi.. Aku tengok muka nenek tu sedih betul! Ya Allah.. Ya Tuhan ku... banyak lagi lah makcik tu cakap/maki nenek tu.. nenek tu MAK dia!
"Pintu lif ni memang macam ni.." aku cakap.. makcik tu diam.. anak dia yg tadinya aku tengok comel ja jadi hilang comelnya bila dorang pun join sekaki ejek nenek tu. Tangan aku genggam.. rasa menggeletar! Rasa macam mau mengamuk.. hajat balik rumah n lepak surf internet aku mati. Aku bagitau semua to my Mum..

Tak kira lah apa masalah kamu dengan mak/mama/mummy/umi/ibu kamu... SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU...
Kerisauan ibu kadang merimaskan kita... Tapi sifat itu lah yg melengkapkan dia sebagai ibu.
Leteran ibu kadang mencabar darah muda kita.. Sebab dia mahu kita jadi yg terbaik.

Hmmm... sedih!

Ibu dan Ayah


Chiyo.. ibu penyayang..


Sampai sini dulu lah.. bisuk2 aku sambung lagi.. kalau aku rajin lah.. KALAU lah! hahah...
Aku rajin melawat blog2 org lain... best baca blog2 org lain.. tapi aku malas mo update blog sendiri.. hahah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...