Sunday, December 11, 2011

Dugaan apa lagi ni??

Hmm... aku keliru lagi..
Sorry lah.. entry2 aku semuanya emo belaka..
aku malas menulis diary.. jadi aku luahkan segalanya dalam blog aku..
suka hati aku la.. blog aku! 
Menyampah nak baca.. jangan baca!
Aku serabut... serabut sangat!

Semalam.. aku dah buat dia benci aku..
aku fikir aku berjaya.. tapi sebenarnya tidak.
Dia tak mampu bencikan aku..
dan dia.. dia tak mahu pergi dari hidup aku.
Aku keliru.. dia yang minta aku lepaskan.. dan aku lepaskan..
Kemudian.. dia datang semula pada aku..
bercerita segalanya dengan aku..

Aku sangat keliru..
betul kah keputusan yang telah aku buat sebelum ni??
Kalau memang.. kenapa dia tetap tak bahagia?
kenapa dia masih menangis?
kenapa dia tak mahu jauh dari aku??



Saturday, December 10, 2011

My Sacrifice..

Hari ni aku ambik keputusan drastik..
Aku buat keputusan untuk buat dia benci aku..
Biar la dia benci aku.. lebih baik begitu..
At least aku yakin.. dia takkan ragu2 lagi untuk tinggalkan aku.

Aku tak mahu lihat dia menangis..
Tapi aku tak mampu beri dia harapan lagi..
Kesakitan yang aku rasa kini.. biarlah..
Aku sudah pernah lalui semua ni.. 
aku terlupa bagaimana sakitnya.. pedihnya.. terlalu pahit untuk aku telan..
Tapi aku terima.. dan aku redha.. semoga dia akan bahagia..

Kawan aku cakap.. 
"Ko memang baik sangat Wann.. kalau aku, aku tak dapat buat macam yg ko buat.."
Hahaha! Baik kah??
Aku bukannya baik.. aku cuma someone yang sedar diri.. 
di mana tanah aku pijak.. langit aku junjung..
sekecil mana aku d dunia ni..
sejauh mana kemampuan aku..
Itu saja..

Bila aku tak mampu tunaikan apa yang dia mahukan..
berikanlah peluang untuk orang lain yang mampu..
aku cuma berfikir.. tiada gunanya aku terus paksa diri..
tiada gunanya aku terus tipu diri sendiri..


Tuesday, November 22, 2011

Life.. Fantasy vs Reality..

Hmm.. macam mana aku harus mulakan?
Aku AGAK tertekan dan AGAK kecewa la juga..
Tapi.. aku TAK pula rasa macam nak mengamuk.


Bila dia mula meminta sesuatu yang TAKKAN dapat aku berikan.. apa yang patut aku lakukan?
Aku lepaskan dia.. biar dia BEBAS mencari apa yang dia mahukan.. 

Berharap agar ada insan di luar sana yang MAMPU berikan apa yg dia mahukan..


Kenapa tidak aku saja yg berusaha untuk dapatkan dan berikan apa yg dia mahu?? 
Kann... ?? Hahah! Bagi mereka yg mengenali aku.. siapa aku.. bagaimana aku.. mereka sendiri pasti terkedu mendengar permintaannya. TAKKAN dapat aku berikan... dan aku pasrah mengalah saja..

Itu yang telah aku lakukan.. Berbeza dgn mereka2 yg sebelum ini.. Yup.. kisah aku sebelum ni.. hampir 10 tahun bersama dan akhirnya terpaksa melepaskan begitu saja. AKU PERNAH merayu.. AKU PERNAH jatuh terduduk.. AKU PERNAH ambil tindakan yang akhirnya aku sendiri ketawakan diri sendiri.. 
Mungkin semua kisah dan pengalaman tu mengajar aku lebih cekal dan lebih rasional.. aku lebih bersedia menghadapi DETIK seperti ini tiba..

Dan dia... masih tidak mahu lepaskan aku. Kenapa? Padahal dia tahu.. aku TAKKAN dapat berikan apa yg dia mahu.. Itu yang buat aku tertekan... buat aku kecewa... 
Kenapa dia mahu kembali?? Sedangkan aku sudah mula biasakan diri dengan rutin harian tanpa dia..



AKU PERNAH.. JATUH CINTA..
KERANA CINTA HIDUPKU MERANA..
AKU PERNAH.. BAHAGIA..
KATA MANISNYA BUAT KU TERPEDAYA..
BIAR KAN AKU TEMANKAN PILU..
HARUSKAH CINTA OH KEJAM PADAKU..

Tuesday, June 21, 2011

Kosong....

Itu apa yg aku rasa sekarang ni.
Cuma itu yang aku mau bagitau sekarang ni.
Dan itu yang sedang aku fikir waktu ini.

Bosan kan??



Wednesday, June 15, 2011

I AM BACK!

I AM BACK!
hohoho...
Lama juga tidak berblogging.. heheh.. 
as i said.. mimang begini la aku nih.. andang2 begini.. hahah!

Soo... What happen yesterday? Yesterday was my BuffDay.. huhuhu..
i am officially 30 years old!
So apa la perasaan aku? Ada rasa geli2 sikit dalam hati.. teruja semacam.. wakakakakakss..

Tengkiu kawan2 team streamyx technical batch 210 yg buat surprise untuk aku.
Sampai aku blushing gilerr.. huk huk..
Nasib baik la aku tak tunjuk mana kedai runcit or 7e berdekatan Plaza Vads TTDI tu kan..
kalau taaaakkk... mimang confirm aku jadi mangsa telur + tepung..
In the end.. aku jadi mangsa bedak la pula.. 
Nasib baik la bedak si Halen tu harum.. hahah..

Tengkiu Zulee for belanja me supper.. ^^ sate + tauhu bakar + roti john spesel.. orait le tu ^^

Tengkiu semua kawan2 jauh dan dekat yg meng-sms.. meng-call.. and juga kawan2 d FB yg tolong meng-decorate wall aku dgn wish-wish sekalian..

Yup.. i am proudly announce that i am 3 series now.. Rasa macam oren.. hahah!

Adiosss..!


Friday, March 11, 2011

Dugaan...

Ya Allah..
Dugaan apa lagi yang Kau berikan aku..
Kuatkanlah aku untuk berdepan dengan semua ini..
Satu persatu ujian Kau berikan.

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"
Jadi aku harus bersabar.. Redha dengan semua ini.
Pasti akan ada hikmah disebalik semuanya.
PadaMu Tuhan aku memohon kekuatan.

Di depan mereka.. aku ketawa.. aku bergurau seperti biasa..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui segala isi hati aku.

I AM SAD!!! http://www.thatanimeblog.com



Tuesday, March 1, 2011

tak sabar.. happy... TAPI....

Halluuu....

Yippiiiieeeee...!
Lusa aku balik KK!
Tak sabar! Tak sabar!

Tapi...
dalam waktu yang sama aku sedih pula..
Aku excited balik KK..
Tapi terasa berat juga tinggalkan dia sendiri..
Ntah macam mana dia nanti..
Dengan semua masalah yang ada..
yang belum jumpa jalan penyelesaian..

Apa yg pasti.. aku excited bila aku balik KK.. my brother, si Martin mau kahwin! hehee..
Tapi.. separuh lagi hati aku dapat rasakan yang aku takkan enjoy feeling balik kmpung kali ni.
Sebab dia... sebab dia tiada.. 
sebab aku akan risau pasal dia, walaupun dia cakap
"Jangan risau la"
sebab aku akan terfikir2 pasal dia.. 
Hmm.. memang gitu la aku.. 

Thursday, February 24, 2011

cooolllll.............

Yesterday, i was suppose to drive Ayah & Ibu to HKL early morning.. but i sleep like a pig! I'm so.. so... so.. sorry! at last.. they call a cab... hmmm... hmmm...



Good news for yesterday... I learned a new stuff.. hehee.. its cool actually. Maybe i can show off to impress some of my fren.. hak hak hak.. ok.. i don't know how to describe bout it.. just enjoy watching the video i made for it..





Can't wait to see Hiro's latest pict..
Chatting with Raymie today via google talk... ^^

Thursday, February 17, 2011

MAYBE.. maybe its wrong to say please love me too..

Been listening to this song today.. 
and decided to change my bground song.
.
.
.

There I was
Waiting for a chance
Hoping that you'll understand
The things I wanna say

As my love went stronger than before
I wanna see you more and more
But you closed your door
Why don't you try
To open up your heart
I won't take so much of your time

Maybe, it's wrong to say please love me too
'Coz I know you'll never do
Somebody else is waiting there inside for you
Maybe it's wrong to love you more each day
'Coz I know he's here to stay
But I know to whom you should belong

I believed what you said to me
We should set each other free
That's how you want it to be

But my love went stronger than before
I wanna see you more and more
But you closed your door
Why don't you try to open up your heart
I won't take so much of your time


Maybe, it's wrong to say please love me too
'Coz I know you'll never do
Somebody else is waiting there inside for you
Maybe it's wrong to love you more each day
'Coz I know he's here to stay
But my love is strong
I don't know if this is wrong
But I know to whom you should belong 


Sunday, February 13, 2011

AKU BOSANNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wah..... serius aku bosan!
Bosan dengan rutin harian aku...
Bosan dengan sekeliling aku...
Bosan dengan masalah yang datang satu persatu...
Bosan dengan migrain...
Dan aku PALING bosan dengan persoalan demi persoalan tanpa jawapan yang asyik berlegar2 dalam kepala hotak aku..

Aku perlukan sesuatu yang baru...
Aku perlukan sesuatu yang boleh buat aku terus bernafas dengan selesa..
Sebab aku terasa seolah2 aku kelemasan!
Aku perlukan... Aku...

Aku rasa MARAH!!
TERAMAT MARAH!!
Aku marah pada diri sendiri...
Kenapa??? Kenapa aku marah pada diri sendiri????
Sebab aku tidak dapat jawab satu soalan ringkas
"Apa yang paling kamu mahukan dalam hidup?"

Serius.... aku tidak dapat jawab! aku tidak tau apa yang aku mau...
bila aku berfikir untuk mencari jawapan pada soalan yang ringkas tu,
fikiran aku jadi serabut...
emosi aku berkecamuk!
kenapa???

AKU BOSAN!!


aku post terus lah entri ni tanpa proses tapisan...
biar lah apa orang mau cakap...
aku asyik fikir pasal org lain, ada diorg fikir pasal aku kah?!
Huh!

Thursday, February 10, 2011

Awasi taktik penjenayah..

Source : Utusan 10-2-2011 (page 15)

Hmm... macam2 kan cara penyamun sekarang. Makin kreatif pula diorang.
Penjenayah langgar, lepas tu berenti tepi kereta.. dan samun! Hmm... pernah jadi to my friend dulu.
Tapi yg langgar dia time tu Motosikal! Kesian dia.. sampai demam akibat terkejut!
Nasib baik lah dompet & handphone ja yg kena ambik... Nasib baik lah dia tidak dirogol atau dibunuh.

Dalam berita yg aku baca ni.. Taktik penjenayah langgar dan samun ni bukanlah perkara yg baru. Tapi ramai yg kurang alert dengan benda2 macam ni. Mentaliti org2 sekarang kan.. apa2 hal pun baik settle luar la konon. Kalau boleh tak mau libatkan pihak polis atau urusan claim-meng~claim insuran ni. Takut jejaskan NCD kalau nanti mau renew insuran n roadtax. Kena langgar sikit.. berenti tepi jalan, terus keluar dari kereta untuk check how bad the damage is... time tu lah penjenayah ambik peluang samun!
Memang itu lah kebiasaan kita. Habis tu... mau buat macam mana???
Jalan terbaik... JANGAN BERHENTI LANGSUNG! cuba dapatkan no plat kereta.. jenis dan warna kereta.. dan teruskan perjalanan sampai balai polis terdekat.. dan buat report! Lagi pun bukan kita yg melanggar.. kan org tu yg langgar belakang kereta kita kan???? Unless lah kalau kita ada buat salah... lesen mati ka.. roadtax mati ka.. apa2 la... hehee..

Satu lagi taktik penjenayah ialah... buat2 kereta rosak tepi jalan. Yang ni banyak berlaku di Highway.
Tahan kereta konon2 minta bantuan... tapi bila ada orang baik hati berhenti untuk hulurkan bantuan... dia pula jadi mangsa samun! Kesiannya... mungkin tu lah maksudnya, 'buat baik berpada2' kan? Hmm...
Macam tu tak boleh la salahkan bila sikap membantu semakin hilang. Kadang ada juga penjenayah yg guna taktik perempuan (macam ala-ala makcik yg tiada upaya).. atau kanak2 (sekadar mau tarik simpati org)..

Tak tolong rasa bersalah... Kalau tolong pulak kena samun...
Memang lah tak semua kan. Tapi ada ke cara untuk kita kenalpasti orang tu betul2 perlukan bantuan dan sewajarnya dibantu.. atau pun org tu sekadar berpura2 dan memang tak wajar langsung untuk dibantu?

Lagi satu.. 999 ~ lambat hantar bantuan. Hmmm... aku no komen!
Tapi ini komen Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ~ Masalah lambat hantar bantuan tidak akan timbul jika mangsa menghubungi terus pusat kawalan polis daerah. Panggilan kecemasan 999 dikawal oleh Telekom Malaysia dan ia terpaksa melalui beberapa prosedur sebelum disampaikan kepada kita menyebabkan laporan lambat diterima. Atas sebab itu, saya nasihatkan orang ramai supaya menyimpan nombor pusat kawalan polis di setiap daerah agar senang dihubungi jika berlaku kecemasan.

Teringat pula lagi... Aku pernah disamun di depan rumah time balik dari kerja. Kejadian pada tahun 2003. Time tu kami tinggal di kawasan Pandan Jaya, KL. Time tu 2 org lelaki menunggang motosikal datang dekat aku and tanya arah ke Pandan Indah.. Aku pun bagitau lah. Time tu aku perasaan penunggang di belakang ada pegang kapak.. Aku pun terus cepat2 jalan ke arah tangga.. Lelaki tu serang aku dari belakang, sempat juga lah aku bergelut dengan dia and rampas kapak di tangan dia... Fuiyoooo.... kecik2 junior juice bah aku ni! And nasib baik juga lah time tu my bro Asai ada di rumah. Penyamun tu nampak my bro.. and lagipun aku dah rampas kapak dia.. apa lagi.. cabut trusss.... ! Memang penyamun tu tak sempat ambik apa2 dari aku..
Tapi.. buat ja la report polis.. lagipun aku dapat rampas kapak dia! hehe..

Di area Pandan Jaya ni ada satu pondok polis bergerak dekat 7eleven. Me and my bro pun pergi la situ..
Kami ketuk2, tiada orang d dalam... rupa2nya pegawai polis yg bertugas sedang sedap melantak di gerai mamak tepi longkang berdepan kedai barangan letrik seng heng! Kecewanya aku rasa bila aku p jumpa polis tu dia boleh cakap "Awak tak nampak ke saya tengah makan?" Wah... makan itu lebih penting dari tanggungjawab rupanya... hmm... faham.. faham...
My bro sudah panas... so kami pergi pula buat report d balai polis terdekat (paling dekat dengan pandan jaya ~ Balai Polis Maluri la)... Kecewa lagi aku.. bila polis tu cakap, diorang tak bertanggungjawab dengan kawasan kejadian! Aiii... habis tu... ??? last2 diorang suruh buat laporan d Balai Polis Pandan Indah.
Ok la... lepas buat laporan di situ.. aku pun mintak la polis tu buat rondaan ka apa ka di kawasan kami tu. Selalu sangat la kes ragut/samun.. polis tu cakap "Ini kes kecik.. tak ramai yg buat laporan, jadi rondaan dikawasan tu tak perlu lagi" ~ Owhh... kalau sudah berlaku kejadian dasyat baru lah mo ambik tindakan kan?? hmmm... faham... faham... tapi kalau sudah jadi kejadian bunuh ka apa ka.. sudah terlambat laitu!
Aku bukan la tak suka polis... tapi agak mengecewakan la sikap orang yg kita harapkan sebagai PELINDUNG ambik acuh tak acuh ja kan? Akibat ketiadaan polis peronda yg mau meronda dikawasan tu.. keesokan paginya.. kereta my Sis, Noi pula didapati kena pecah! Habis radio kena cabut.. roadtax pun kena cabut! Document2 penting semua kena ambik! Duit syiling2 pun kena ambik!
So.. pagi tu, sekali lagi kami p buat report d Balai Polis Pandan Indah... polis tu boleh cakap "Mungkin lelaki yg cuba samun kamu semalam yg buat, agaknya dia ada bersembunyi disekitar kawasan masa kamu dan abang kamu gunakan kereta ni untuk ke balai polis"...
Jadi... salah kami kah?? Takkan berjalan kaki ke balai polis, bukan dekat woii...
Minta polis peronda datang.. kata kawasan tu belum sampai tahap bahaya sampai perlu ada polis peronda. Huh!
Tapi itu dulu... tahun 2003... harap2 khidmat diorang dah berubah la kan...
Hmmm....

Nah ambik kamurang! Punya panjang ni entry! Mesti kamurang malas mo baca nih... hahahaha!

Tuesday, February 8, 2011

Magic 2011

Hari ni sangat memenatkan untuk si pemalas macam aku ni..
Hari yg sangat mencabar kesabaran juga.. 
Tapi malas lah mau story pasal tu.. hahah! Mimang dasar pemalas!

Anyway.. aku ada dapat satu info yg best dari kawan aku..
Ntah dari mana dia dapat... tapi memang best!
Dia cakap, Tahun ni ada beberapa tarikh yg best.. macam..
1-1-11... 11-1-11.. 1-11-11... dan 11-11-11
(4 seja pula tu) kalau tambah jam laaagi la sandi.. 
bayangkan... pada bulan november nanti..
jam menunjukkan waktu 11.11 ~ 11 saat.. siapa terrer cepat2 bikin post exactly time tu 
(misti nda kasi tinggal tu 11saat d belakang! ~ Hahahaha!!)

Apapun.. part yg paling menarik untuk tahun 2011 ni ialah..
Cuba kamu ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran kamu.. 
(contohnya aku lahir 1981, jadi ambik digit 81 ja)
Lepas tu tambah dengan umur kamu pada tahun 2011.. 
(contoh lagi.. umur aku tahun ni ialah 30 jadi 81+30 la)
Jawapan yg kamu akan dapat ialah 111..
Try la... best kan?!

p/s : itu umur contoh ja aaa... aku sebenarnya masih kanak2 lagi... muahahhahahhaaa.... 

Ini gambar tiada kaitan dengan 2011
Sekadar mau tunjuk ke-kreatifan my niece n nephew - Hakim&Hannah
Ini kenangan tahun 2010 time dorang conteng my sis punya tv lcd
Hahahahahhaa!!!

Monday, February 7, 2011

Memang begini lah aku....

Sudah beberapa hari aku cuba untuk update blog.. Tapi aku malas! hahahah!
Rajin online FB ja... main FrontierVille..hahahaha!
Terpaksa berebut Encik Compaq with Zulee .. Dia cuti kan.. huhu..

Tengkiu lah kepada yg melawat walaupun tiada update baru..
Tengkiu juga pada yg baru follow.. orait.. aku pun da follow balik.. hehee..

Ok la.. nite-nite! tdo la... eh.. mo p minum2 luk kejap d bawah.. gerai abg amir.. hehe..

Sunday, January 30, 2011

Hiro latest pict..


Woo.. woo... comelkan????? 
Hiro latest pict. Courtesy of Rayme (Hiro's new guardian)
Rayme tu rajin juga la keep in touch via email.
Dia cakap.. Hiro nakal! Asyik maiiiinnn ja!
Dia bagitau lagi... Hiro takut bunyi pintu!
Hahahaha!
Thank you Rayme.. Glad to know that Hiro is in a good hand ^^
I haven't heard anything about MJ since we gave him to his new guardian.
Wonder how is MJ doing now...
Miss u MJ..


berebut2 mau masuk

CJ


Thanks to my BIL, Mudanoran for the new cat basket/bed..
They all r so excited! Specially CJ
Hihihi... 


Saturday, January 29, 2011

Kasih Ibu..

Hmm...
Mana aku mo start ah..
Title tu macam 'berat' pla bagi aku.. huhu..
Bukan apa... Kasih ibu terlalu agung..
tiada ayat yg dapat aku fikirkan untuk mengatakan betapa besarnya kasih ibu..

Hari ni.. time tengah tunggu lif, datang la sorang makcik ni dgn 2 org anak dia sebaya Hakim & Hannah.. pun tunggu lif juga.
Since block A ni memang tak ramai malay family.. so memang aku bajet diorang ni org luar yg datang melawat rumah saudara mara la mengkali. And memang betul lah bajet aku bila tetiba dia teriak to one very very old lady yang jalan terbongkok2.. (memang dia bongkok tiga - macam nenek kebayan!) ~ ishhkk... bukan tujuan aku menghina k! just mau inform yg nenek tu bongkok.. so u guys can get a clear picture.. huhu..
"Mak.. kat sini la blok A!"
Hmm... nenek tu pun cepat2 (masih slow actually) berjalan ke arah lif.. aku tengok nenek tu.. aku senyum lah.
Budak kecik tu pandaaaaaaaang ja aku.. aku senyum juga lah! ^^
Lif sampai... aku bagi laluan makcik tu masuk dulu.. nenek tu pandang aku.. aku senyum and bagi signal tangan macam "ladies first" suh dia masuk dulu... Hmm.. Ibu aku ajar aku respek orang tua tau!
Nenek tu buat muka blur2... tetiba si makcik tadi tu tengking nenek tu lagi..
"Masuk la mak! tercegat kat situ buat apa??!!" ~ Amboi... makcik ni.. baaekkk punya contoh dia tunjuk kat anak2 kecik dia.. macam tu cara ko cakap ngan mak ko??? ko tak sedar ke ko pun dah jadi mak???
Uishh.. emo pla aku.. rilek.. rilek..
Nenek tu pun masuk.. and aku masuk last. Pintu lif lak kebetulan macam stuck! Hmm.. lif yg ni memang selalu macam tu.. untuk penduduk blok A ni, dah normal dah.. just tolak sikit pintu lif tu, dia ok la tu. So aku pun buat la gitu... and pintu lif ok balik.
"Tu la mak ni.. tak habis2 nyusahkan orang lah!" Tengking makcik tu lagi.. Aku tengok muka nenek tu sedih betul! Ya Allah.. Ya Tuhan ku... banyak lagi lah makcik tu cakap/maki nenek tu.. nenek tu MAK dia!
"Pintu lif ni memang macam ni.." aku cakap.. makcik tu diam.. anak dia yg tadinya aku tengok comel ja jadi hilang comelnya bila dorang pun join sekaki ejek nenek tu. Tangan aku genggam.. rasa menggeletar! Rasa macam mau mengamuk.. hajat balik rumah n lepak surf internet aku mati. Aku bagitau semua to my Mum..

Tak kira lah apa masalah kamu dengan mak/mama/mummy/umi/ibu kamu... SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU...
Kerisauan ibu kadang merimaskan kita... Tapi sifat itu lah yg melengkapkan dia sebagai ibu.
Leteran ibu kadang mencabar darah muda kita.. Sebab dia mahu kita jadi yg terbaik.

Hmmm... sedih!

Ibu dan Ayah


Chiyo.. ibu penyayang..


Sampai sini dulu lah.. bisuk2 aku sambung lagi.. kalau aku rajin lah.. KALAU lah! hahah...
Aku rajin melawat blog2 org lain... best baca blog2 org lain.. tapi aku malas mo update blog sendiri.. hahah!

Wednesday, January 26, 2011

..........????

Hmmm...
Aku ngantuk nih.. Jadi tolong jangan heran kalau ada yg silap taip ka apa ka..
time buat entry ni aku d rumah my sis, Noi.. guna laptop dia la ni.. Aii.. lembab betul la broadband dia ni.. Hahahhaa.. Terpaksa aku jln2 1 rumah cari port yg bagus.. akhirnya.. aku duduk tepi tingkap d bilik ayah.. hehee.. still lembab.. tapi ok la..

Banyak story aku rasa aku mo kasi story..
Tapi aku ngantuk!
Tambah2 lagi BB ni lembab.. tiada semangat la..
Hmm.. Macam mana pun org kutuk2, bagi aku terbaik tetap streamyx lah.
Bagi aku lah... bagi org lain ntah la.. hahah! Sebab aku guna streamyx.. huahua..

Adeii... betul aku ngantuk!
Kejap lagi mo p hospital lagi. Ayah sudah selamat rehat d rumah.. kali ni Noi pula di wad bersalin..
sepanjang minggu ni (dari ari isnin) aku habiskan waktu siang aku di HKL ja.. hmm...

Aku tidur dulu la kejap.. 10minit pun janji dapat tidur... hmm..

Monday, January 24, 2011

Ayah..

BESTNYAAAA!!!
Apa yg best?
Best sebab dapat lepak d rumah surf internet tanpa gangguan..
donlot muvie tanpa halangan.. bantal d belakang.. kaki guyang2 atas meja.. Laptop atas perut! Hahah!
Minum kopi O suam.. pasang mp3.. Kittens kiri kanan.. best wooo..!

Pagi tadi 6am sudah bangun! Hmm... makin hari makin ganjil pla aku nih tau.. Bangun makin awal!
Drop ayah n ibu di HKL.. hantar zulee p TTDI..
balik rumah kasi makan kucing.. pastu balik p HKL lagi..
Round2 cari parking d HKL memang mencabar kesabaran aku..

Ayah masuk HKL untuk 2nd operation mata dia.
Actually me n my sister KURANG SETUJU lah dia buat operation tu.
Bukan apa... yg 1st operation pun ambik masa dekat 3bulan untuk dia fully recover..
Lagipun dia baru ja buat operation untuk kanser prostat dia last week.
Risau pulak dia nda dapat tampung beban sakit..
Nanti 26th Feb dia mau terbang balik KK lagi..
Kalau ikutkan.. biar lah settle semua urusan, baru la buat pembedahan tu..
at least dia boleh juga rehat puas2 tanpa perlu mau pening2 fikir urusan itu.. urusan ini..
Hmm... Tapi itu lah ayah..
Kalau dia bilang begitu... begitu lah...
Macam aku.. memang aku banyak waris sikap ayah..
kalau bilang begitu... begitu lah! Hahah! Aku la itu...
Apa pun.. aku doakan yg terbaik untuk ayah..

Friday, January 21, 2011

Hakim n Hannah a.k.a Hannah Montanah

Hmm.. 
Today aku bangun awal.. seawal 6.30am! Semalam tido awal.. seawal 9pm!
Frontier Ville pun aku suruh zulee tolong mainkan (gila eh aku ni!)
Wah..! Aku kah itu??? Macam bukan aku! 
Hahahaha!

Aku plan2 mau p rumah my sis (sebelah block ja pun)
Aku suka cerita-ceritu dengan Hannah n Hakim.
Anak Noi yg macam kembar tapi bukan kembar.
Lahir tahun yg sama.. Tapi bulan lain2..
Huh?! Macam mana tu???
Hakim lahir 23 Jan 2006.. Hannah lahir 23 Dec 2006
Hehehee...
Macam mana bulih gitu??? Tanya la my sis (Noi) !
Mana la aku tau!
Yang aku tau... dorang mimang sangat2 adorable n pintar!

Hari Selasa hari tu aku lepak rumah Noi.
Time tu noi sibuk agihkan alat tulis untuk Hakim n Hannah..
Wah.. happynya diorang!
Teringat pula time aku kecik2 dulu...
Huhuhuu..

Lepas tu noi suruh Hakim n Hannah tulis nama atas colouring book masing2.
Ya.. dorang memang sudah terrer eja nama masing2 n some rutin basic words yg dorang selalu guna macam :
M.I.L.O = Milo ~ S.U.S.U = Susu ~ P.O.C.O.Y.O = pocoyo ~ C.A.T = Mi-Yao or Chiyo (hahah!)
So, time diorang sibuk tulis nama masing2 tu aku pun saja2 lah tanya Hannah nama dia.
Dengan penuh konfiden hannah cakap nama dia ialah "Hannah Montana"
Hahahahaa..!
Bila noi cakap nama Hannah lain.. dia mengamuk and explain balik to my sis macam ni

"Nama Hannah yang sebenar ialah Hannah Montanah la mama..."
dia pause kejap.. lepas tu dia sambung lagi.
"Sebab... Hannah kan selalu MUNTAH2 mama, jadi itu lah sebabnya nama Hannah ialah Hannah Montanah"
Wakakakkakaaa....
Boleh2 pula anak buah ku ni fikir sampai macam tu..
Hahahahhaa!

Ni la Hakim n Hannah

Monday, January 17, 2011

New look..

Wassuppp!

Aii.. lama juga nda update blog nih. Hampir2 aku namau berblog sudah.. hahah! Bosan2 semalam aku edit2 gambar.. lama da tia edit mengedit... alang2 edit.. aku rasa bagus juga kalau aku edit blog template aku sekali kan? 
 Hasilnya.. Tadaaaa...!
Berjaya juga aku habiskan kerja aku yang hampir terbengkalai separuh jalan.
Well... what can i say.. itu andang2 tu keburukan aku tu..
Suka buat kerja half2..
Zulee cakap.. "Hangat2 taik ayam"
Atau.. "Warm-warm chicken shit"
Hahahahahhaaa!
Itu aku la itu... ^^

Banyak lagi aku mo bikin sama blog nih. Palan paaaalan lah...
Nanti baru kasi cukup mana kurang.. dan kasi buang mana yg terlebih..
Sekarang ni.. aku mo sambung main game dulu..
Frontier Ville.. HERE I COME!

p/s : Siapa ada main FrontierVille di FB add la aku jadi neighbour.. pastu tolong send paku ma aku! Hahahhahahaa!

Tuesday, January 11, 2011

Undo vs Reset

How i wish i have the 'Undo' button in my life.. i don't need the 'reset' button.. well.. its actually kind of the same thing rite? No its not... similar thing does not mean the same thing..

 Reset means.. i have to restart all over again. Why would i do that?
Why would i want to go back to zero?


Undo means.. i can take one or two step backward and start to select a different option.
No more dilemma in making choices.
No more conflict and regrets when dealing with the consequences.
If one don't like the result.. just Undo it!
Easy!

Wednesday, January 5, 2011

Hiro - Son of Merlin

Hi semua!

Today i want to introduce Hiro.

Ini la Hiro... anak pertama Chiyo & Merlin. Napa nama dia Hiro?? actually aku sudah kastau asal-usul nama dia Hiro.. Tapi tpa la.. biar aku kopi-pas balik tu entry..



- Chiyo was having difficulties to deliver her 1st kitten. I was actually wondering why Chiyo keeps chasing me.. and sometimes she bit my toe. Something in the look of her eyes.. somehow i seem to understand what she's trying to tell. As i checked.. the kitten's tail already out! So i put on my glove n helped Chiyo to pull out Hiro's tail while she try hard to push it out!.. i was actually scared that the kitten might already be dead as i know the water bag already broken since the night before.. BUT he was fine.. cute and healthy! So i named him Hiro (Hero!). The rest.. all delivered by Chiyo herself. I just sit near her and watch her do all the amazing job! Hahah!


Hiro is 3months ++ old now.. He likes to play fetch.. just like his daddy, Merlin. I made a video for Hiro and want to share it with y'all. Now tell me.. why do i need a puppy when my kitten can play like one.. ? hehee..
Kaler putih yg berusaha juga mau rampas bola tu nama dia Hachiko.. hehee..

Tuesday, January 4, 2011

Merlin Naughty Boy!


Ngeee.... Today i just want to share this vid of Merlin.. heheee... Ini la MERLIN! Enjoy the vid!

Monday, January 3, 2011

Bayaran Topup Kajian Terhadap Rasionalisasi Subsidi

Salam semua..

Hari ni aku mau update sikit ja. Just mau kongsi sikit ja story yg nda seberapa best tapi bagi aku memang best sebab bikin aku senyum~! Hahah..

Few months ago.. ntah bila exactly.. My ex-schoolmate (junior) ~ ntah siapa sudah.. tia ingat! tagged me to diz some kind of quiz or survey or whatever.. really couldn't recall la.. but i remembered it was something to do with generation X n Y punya view about Rasionalisasi Subsidi. Time tu memang dia bagitau akan bagi free topup.. hehee.. aku ni.. soalan survey2 n quiz2 nih memang aku suka mau jawab.... hahah! So aku jawab ja lah..

Today.. i received an email.. dia bagi kod top up.. lepas tu aku cuba try test.. ngeee... successful! walaupun topup RM5 seja... tapi sangat bermakna juga.. at least bulih bikin talipun.. bulih send sms.. nda banyak pun, asal ada lah.. bulih subscribe mobile internet 1jam - RM2.. hahah!

HEHEEE....


Saturday, January 1, 2011

2010 with so many memories...

Goodbye 2010.. Welcome 2011...

Me just celebrate new year at home with Zulee, Didie n my Babies..
Not that i don't want to go out and celebrate it with my frenz.. but thinking of the crowds.. and the traffic jam.. and the headache.. so it is best to just sit at home watching new year celebration live from tv. And the best thing of living in an apartment located in the middle of kl with the view of klcc n kl tower.. i still can enjoy the fireworks!

Before that, me and Zulee had our dinner at 'pondok2'.. order special menu.. heheee..

To my family in KK.. Syok la kamurang bikin BBQ ah! Saw my SIL ~ Alnie's status in FB. She prepared 'kuih makmur'.. wah.. i want! i want! I hope my bro Asai will bring some for me when i fetch him, his wife Bibie a.k.a Just and their lovely daughter Lily at LCCT this wednesday (5.01.2011). Tapuuunnn..! Tapuuunnn...!

Best of 2010..
- I joined an affiliate program called 'Infinity Downline' on Feb, and gained more than 20k in just a few months. I learned a lot of things from it.. and got to know a lot of people because of it. Despite all the Haram-Halal issues.. trust.. creativity.. hard work.. it all possible. I quit? No.. actually i didn't.. but my account expired! Hahah! Was having issue with our internet connection at that time.. (tu pun online guna account org lain! hahah!)
Then me and my buddy started new biz. So.. i think I've already gained more than i expected from ID.. time to give chance to others and proceed to next level. But i still do received request from people who wish to join the biz and want to know more bout it.. so i just advice them to check with Celya Tay at http://www.facebook.com/pages/Infinity-Downline-Team-Success-Builders-Asia/306287230985 or http://www.infinitysuccessbuilders.com

- Zulee got her new Proton Savvy on June..

- Climb mount Kinabalu

- Chiyo gave birth to 5 cute kittens. 1st kitten - Hiro. Chiyo was having difficulties to deliver her 1st kitten. I was actually wondering why Chiyo keeps chasing me.. and sometimes she bit my toe. Something in the look of her eyes.. somehow i seem to understand what she's trying to tell. As i checked.. the kitten's tail already out! So i put on my glove n helped Chiyo to pull out Hiro's tail while she try hard to push it out!.. i was actually scared that the kitten might already be dead as i know the water bag already broken since the night before.. BUT he was fine.. cute and healthy! So i named him Hiro (Hero!). The rest.. all delivered by Chiyo herself. I just sit near her and watch her do all the amazing job! Hahah!

- Resigned from Kraft Foods Malaysia.. and joined Scicom for Singtel project..

- My SIL ~ Bibie a.k.a Just got new baby girl ~ Ryanna a.k.a Lily.. another new family member for The Andi's.. hehee..

- My brother, Martin engaged (baru ja few days ago!).. sorry bro we were unable to celebrate your engagement day together2.. itu la.. last minute punya planning! Anyway.. congrats!


Hope 2011 will bring more exciting things into my life. And my resolution for 2011 is.. aku mau kasi gemuk sikit badan aku! Hahahah... tired of being called 'Kecik'.. 'Kenit'.. and bla.. bla.. bla..
Kalau lah boleh tambah ketinggian lagi... Hmmm.... well.. DON'T MESS WITH SHORT PEOPLE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...